Wednesday, February 26, 2014

perghh!! jerawat wo0o0o0

Jerawat di wajah adalah antara mimpi ngeri bagi setiap wanita dan juga lelaki. Bagi wanita, ianya sedikit sebanyak mencacatkan penampilan diri untuk kelihatan cantik bergaya serta membuatkan mereka hilang keyakinan dan malu berdepan dengan orang ramai.
Manakala bagi golongan lelaki, jerawat menyebabkan mereka dikutuk dan digelar dengan pelbagai gelaran seperti bepop (Salah satu watak dalam majalah Lawak Kampus)
Masalah Jerawat Macam Bepop

Apa yang menyebabkan munculnya jerawat?

Pemakanan

Kemunculan jerawat ini seringkali dikaitkan dengan permakanan kacang dan sebagainya tetapi harus diingat, tiada bukti saintifik yang mengatakan makanan ini menyumbang kepada pembentukan jerawat.
Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan pemgambilan pemakanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian kita.
Bukan sahaja dapat menghindari jerawat, bahkan dapat menyelamatkan diri kita dari diserang penyakit lain.

Penggunaan Produk Penjagaan Wajah Yang Tidak Sesuai.

Setiap individu memiliki jenis kulit yang berbeza. Ada yang memiliki kulit sensitif, ada yang memiliki kulit kering dan juga ada yang memiliki kulit berminyak.
Penggunaan produk penjagaan wajah untuk kulit berminyak pada kulit jenis kering akan menambahkan lagi kekeringan pada permukaan kulit dan menyumbangkan kepada masalah kulit seperti jerawat.
Pastikan kita tahu jenis kulit wajah kita sebelum membeli atau mencuba sesuatu produk penjagaan muka.

Kekerapan Mencuci Wajah

Jangan terkejut sekiranya kekerapan mencuci wajah dapat menyumbang kepada masalah kulit wajah seperti jerawat.
Ini adalah kerana semakin kerap kita mencuci wajah dalam seharian, semakin banyak kehilangan minyak semulajadi pada wajah kita. Minyak ini penting bagi menjaga kelembapan kulit muka kita.
Justeru itu, kita disarankan untuk mencuci wajah 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Gunakan tisu pembuang minyak sekiranya kulit wajah kita terlalu berminyak.

Memperkenalkan qaseh layer soap keluaran jalinan qaseh ... 


keberkesananya  memang tidak dapat disangkal lagi.  .
dah cuba gerenti nak cuba lagi. tak percaya?? cuba la dulu iman pn da try tau. kulit muka nampak smooth je. jangan kata kulit mkuka je siap dengan kulit badan sekali o0o0. . heeee ;) 

Saturday, February 15, 2014

pobelem of hair


WALAUPUN berdepan dengan masalah keguguran rambut pada umur pertengahan remaja, Kamarul Arriffin, 32, tidak pernah memandang serius perkara itu. Sebaliknya, dia menganggap hal itu adalah sebahagian daripada proses menghadapi zaman remaja.
Namun, selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah sekitar tujuh tahun, masalah yang dialaminya semakin serius. Kamarul sudah hilang keyakinan untuk keluar bersama rakan-rakan dan berasa rendah diri khususnya di tempat kerja.
“Kerjaya saya banyak berhubung dengan orang ramai dan apabila berdepan dengan mereka, saya rasa kurang selesa. Semuanya gara-gara imej saya ini,” rungut pegawai kerajaan tersebut.
Bagi mengatasi masalah yang dihadapinya, Kamarul mengunjungi sebuah pusat penjagaan rambut di Kuala Lumpur. Selepas enam tahun menjalani rawatan, dia tidak bimbang lagi tentang masalah keguguran rambut yang hampir ‘melicinkan’ kepalanya. Malah, dia lebih berkeyakinan tinggi.
“Saya mencuba pelbagai cara, moden dan tradisional, tetapi semuanya tidak mendatangkan hasil sehinggalah saya berkunjung ke gerai yang menjalankan promosi penjagaan rambut di salah sebuah pusat rawatan rambut di Berjaya Times Square (BTS) enam tahun lalu. Bermula dari detik itu, saya mendapatkan rawatan sekerap yang boleh hinggalah saya mendapat hasilnya hingga ke tahap ini. Kini saya hanya perlu datang dua kali sebulan dan rambut saya semakin lebat, sihat dan tidak gugur seperti dulu,” kata Kamarul.
Sungguhpun berjaya mengembalikan imej baharunya, Kamarul akui banyak wang yang terpaksa dibelanjanya.
“Saya habis kira-kira RM20,000 pada tahun pertama rawatan yang meliputi proses rundingan, rawatan dan produk. Selepas tiga hingga empat tahun kos rawatan meningkat sehingga RM45,000 hingga RM50,000, tetapi saya berpuas hati dengan hasilnya,” katanya.
Perkembangan yang baik
Walaupun jumlah yang dibelanja agak besar dan mahal, Kamarul berkata, kepercayaan terhadap pusat penjagaan rambut dan keperluan untuk menjaga serta membetulkan dirinya, dia tidak kisah. Malah, setiap kali selepas rawatan, dia memperoleh perkembangan yang baik.
Apakah punca Kamarul berdepan dengan masalah keguguran rambut? “Ia mungkin kerana faktor genetik dari sebelah bapa. Gaya hidup termasuk diet, merokok dan sebagainya juga menyumbang masalah ini.”
Tambah anak daripada dua beradik itu, abangnya juga turut menghadapi masalah yang sama, namun tidak menjalani sebarang rawatan.
Berbeza dengan Kamarul, lelaki yang hanya mahu dikenali Alvin Raj, 31, pula enggan menghabiskan wang yang banyak semata-mata untuk menyelesaikan masalah rambut yang dihadapinya.
“Pada peringkat awal, saya akui agak risau dengan masalah kebotakan lebih-lebih lagi apabila teman wanita saya selalu menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
“Saya pernah pergi ke sebuah pusat rawatan rambut dan membelanjakan kira-kira RM17,000. Namun, hasilnya agak mengecewakan meskipun terpaksa berbelanja banyak dan saya berpendapat ia tidak berbaloi,” katanya.
MEREKA yang mempunyai masalah keguguran rambut seharusnya merujuk kepada doktor. - Gambar hiasan


Luah Alvin, tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah keguguran rambut kecuali terikat seumur hidup membelanjakan wang yang banyak di pusat-pusat rawatan. “Saya tidak sanggup lagi,” katanya dalam nada kecewa.
Alvin menghadapi masalah keguguran sejak remaja apabila dia mencecah umur 18 tahun. Masalah keguguran rambutnya menjadi lebih serius selepas umurnya 25 tahun. Masalah keguguran yang dialaminya ialah dia mengalami masalah kebotakan paten M iaitu botak di dua sudut kanan dan kiri bahagian depan kepala.
Alvin yang juga seorang jurutera memberitahu, bapanya tidak menghadapi masalah tersebut. Pada masa yang sama dia juga bukan seorang perokok.
“Tetapi saya diberitahu berhadapan masalah itu kerana faktor hormon dan genetik,” katanya.
Sementara itu, pakar nutrisi di sebuah pusat rawatan rambut di BTS, Fanny Ling menyifatkan masalah keguguran rambut dan kebotakan sebagai satu masalah gaya hidup yang membabitkan imej. Sehubungan itu, masalah tersebut wajar dirawat selain individu terbabit mengamalkan gaya hidup sihat.
Keguguran rambut yang serius melibatkan tiga kondisi iaitu keguguran rambut tanpa pertumbuhan walaupun membabitkan sekitar 30 helaian rambut, keguguran tanpa banyak pertumbuhan rambut baharu dan keguguran yang membabitkan pertumbuhan yang sangat perlahan.
“Ia petanda anda sedang menghadapi masalah keguguran yang perlu dirawat. Dari segi kesihatan, rambut amat penting untuk menjaga kulit kepala daripada kekotoran dan cuaca panas,” katanya.
Fanny juga memberitahu, rata-rata individu yang mendapatkan rawatan kerana mahu menjaga imej, berkeyakinan, mewujudkan persepsi diri yang positif dan berketerampilan pada khalayak.
Penjagaan kulit kepala
KAMARUL memastikan kulit kepalanya diperiksa setiap kali sesi rawatan.


Apakah punca masalah keguguran? Fanny menjelaskan, gaya hidup seperti merokok, corak pemakanan, penjagaan kebersihan diri dan rawatan kimia pada rambut seperti mewarna, melurus dan mengerinting antara faktor penyumbang masalah ini.
Selain pelbagai jenis rawatan dan produk yang disarankan untuk masalah keguguran, Fanny juga berkongsi beberapa tip penjagaan kulit kepala.
Antaranya ialah mencuci rambut setiap hari. “Kulit kepala seperti kulit yang lain perlu dibersihkan setiap hari. Pastikan rambut dikeringkan terlebih dahulu khususnya bagi wanita yang memakai tudung,” katanya.
Pemilihan syampu kata Fanny perlu berdasarkan masalah kulit kepala bukannya rambut kerana kulit kepala yang sihat mampu menumbuhkan rambut yang sihat.
“Misalnya masalah kelemumur, ia berlaku kerana rambut dan kulit kepala kering, maka anda perlu mencari syampu untuk rambut kering. Begitulah sebaliknya jika kulit kepala berminyak,” katanya.
Kosmo! juga menemui seorang ibu yang baru setahun setengah melahirkan anak, Nurul Sapinass Hassan, 30. Selepas empat bulan melahirkan anak pertama, Nurul mengakui agak tertekan melihat dirinya yang berhadapan dengan masalah keguguran rambut.
“Saya tidak pernah menghadapi masalah itu. Apabila dimaklumkan, saya tidak percaya tetapi apabila berdepan dengan masalah ini, saya saya rasa tertekan. Apatah lagi sebagai seorang penata gaya, saya perlu memastikan diri mempunyai penampilan yang baik,” kata Eksekutif Penata Gaya Krew Kabin Firefly itu.
Nurul mencuba pelbagai kaedah termasuk menggunakan herba, rempah-ratus dan sebagainya untuk merawat masalah rambut yang dihadapinya.
Kini dengan sesi rawatan yang konsisten, Nurul lebih selesa menggayakan rambutnya tanpa perlu melihat lantai untuk mengira rambut yang gugur. Katanya, perubahan itu turut menggalak suami Nurul untuk turut sama mendapatkan rawatan di pusat rawatan rambut tersebut.
“Saya gunakan syampu, perapi dan tonik yang disarankan,” katanya yang membelanjakan kira-kira RM8,000 untuk rawatan keguguran selepas kelahiran.




haaa....selain dari tu iman nak bagi tahu korang2 suma antara produk yang murah dan berkesan...jeng..jeng..jengg.... 





Monday, February 10, 2014

jerawat !!!

Apakah Penyebab Utama Masalah Jerawat? (Menarik!)




Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma. Tahukah anda dengan jerawat anda dapat mengetahui tahap kesihatan badan anda. Dibawah WanitaSihat senaraikan bahagian tubuh badan yang ditumbuhi jerawat dan kemungkinan pemasalahan kesihatan yang anda sedang alami sekarang.

DAHI
Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.
HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.
DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Info diatas sekadar untuk pengetahuan dan sebagai petanda kesihatan anda sahaja, namun anda harus berhati-hati dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan penjagaan kesihatan yang baik supaya hidup anda sihat dan sejahtera.

ini pula set untuk sesiapa  yang ade masalah jerawat di muka... =)

 Bagi mereka yang tumbuh jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh. InsyaAllah.

haa ni plak....spa salt untuk masalah jerawat
] yang ade kat badan korang. .
heee. . untuk badan yang ade panau pun boleh =)

selulit wo0o0 !!

[INFO WAJIB BACA] – 5 FAKTA DAN AUTA TENTANG SELULIT


Selulit biasanya terjadi pada bahagian tubuh misalnya di perut, punggung, peha dan bahagian betis. Nak tahu lebih lanjut apa itu selulit dan faktor serta cara pencegahan? Baca artikel ini :
Ada perbezaan antara selulit dan stretch mark. Selulit menyebabkan permukaan kulit tampak tidak rata dan berkedut seperti oren. Stretch mark pula garisan putih atau rekahan yang muncul pada peha, perut, lengan dan betis.
Berikut merupakan beberapa mitos yang salah mengenai selulit serta fakta yang benar.
1Mitos : Olahraga boleh hilangkan selulit.
Fakta : Selulit selalunya terjadi pada lapisan lemak yang terletak di 1mm dibawah kulit sedangkan lemak yang terbakar saat olahraga terletak lebih dalam dari itu. Olahraga memang disarankan untuk mengurangkan lemak dan membuatkan tubuh lebih sihat tetapi bukan untuk membuang selulit badan.
2. Mitos : Hanya individu dengan berat badan berlebihan saja mengalami masalah selulit.
Fakta : Tiada diskriminasi bila ia melibatkan masalah selulit. Ini kerana selulit terjadi bila jaringan lemak di bawah kulit rosak sampai tak dapat berhubung dengan lapisan lain dari lemak atau otot. Selain itu umur juga memainkan peranan penting. Kalau orang yang kurus tetapi sudah berumur, peratusan kemungkinan ada selulit di badan adalah tinggi.
Selebriti Sophie Monk turut mengalami masalah selulit di kaki biarpun mempunyai badan yang kurus
3. Mitos : Selulit boleh dihilangkan melalui sedut lemak ( liposuction )
Fakta : Teknik ini tidak dapat menghilangkan selulit tapi hanya boleh menghilangkan lemak di bawahnya saja. Selain itu, liposuction boleh meningkatkan % selulit pada badan kerana tubuh kehilangan keanjalan kulit hingga sebabkan kulit menjadi lebih longgar.
4. Mitos : Kaum lelaki tidak mengalami selulit
Fakta : Jangan ingat wanita je ada selulit, lelaki pun sama. Tapi nampak macam tak ada pada badan lelaki kerana sel lemak yang terbentuk pada tubuh lelaki lain sikit dari wanita. Selalunya lelaki akan mengalami selulit pada bahagian leher atau perut.
Jangan ingat wanita saja ada selulit. Kalau tidak pandai menjaga badan, lelaki pun ada tau!
5. Mitos : Minum air putih boleh kurangkan selulit
Fakta : Banyak minum air putih dapat sihatkan kulit tapi bukanlah untuk menghilangkan selulit. Air putih juga dapat beri manfaat pada tubuh anda iaitu kelembapan pada kulit.