ohh muka..
muka ohh mukaa. . . . .
muka korang bermasalah???? pening kepala dengan jerawat-jerawat yang tak
jemu-jemu menginap free-free kt muka korang???? huhuuhuhu. . iman pon tensenn gak...
haaa tahu sebab ape muka korang jadi cmtu..meh sini iman nak cete...jerawat ni untuk pengetahuan korang berpunca dari banyak faktor, ..antaranya, makanan, persekitaran, cuaca dan sebagainya. . . .
jom kita explore fakta jerawat ni....
Jenis-Jenis Makanan Yang Jadi Punca Kepada Muka Berjerawat
Rasanya memang ramai yang tak suka dengan masalah kulit
yang satu ni, tak lain tak bukan iaitu masalah jerawat terutama buat kaum
wanita, sehinggakan ada yang sanggup taknak keluar rumah
sebab malu wajah banyak berjerawat. . Antara 3 Makanan Punca
Wajah Jerawat ialah:-
Makanan yang digoreng
Jenis minyak yang kamu makan setiap hari mampu memberi impak
yang sangat besar pada kesihatan kulit. Sekiranya kamu mengambil
lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa untuk menggunakannya
bagi membentuk sel kulit baru. Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan
baik. Akhirnya, jerawatdan penyakit kulit yang lain akan wujud.
Jenis makanan gorengan yang sering menyebabkan jerawat ialah:
1. Kentang goreng
2. Donat
3. Ayam goreng
Makanan tinggi gula
Tahukah kamu gula ialah racun bagi tubuh dan secara tidak langsung
ia boleh menyebabkan jerawat? gula akan menekan sistem kekebalan
tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap
jangkitan bakteria yang merupakan salah satu penyebab jerawat.
gula juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium
yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum. Makanan
tinggi gula yang menjadi penyebab jerawat adalah:
1. Ais krim
2. Coklat
3. Biskut
4. Bijirin
Makanan tinggi karbohidrat
Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sederhana
(monosakarida) yang dimetabolisme oleh hamper kesemua organisma.
Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glukosa,
yang kemudian diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan
dalam tubuh. Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan
hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik.
Sekiranya kamu makan karbohidrat lebih daripada yang apa
diperlukan oleh tubuh, maka masalah kesihatan seperti diabetes
dan jerawat boleh berlaku. Berikut ialah makanan tinggi
karbohidrat yang boleh membawa jerawat seandainya
dimakan secara berlebihan, antaranya:
1. Beras putih
2. Pasta
3. Roti putih
Haa, ini adalah serba sedikit makanan-makanan yang
menyebabkan wajah cepat berjerawat, jadi sebelum jerawat singgah
di muka lebih baik berwaspada sebelum terlambat.. :)
haa...ni ade antara produk yang boleh settlekan masalah korang-korang ...
produk ni keluaran JALINAN QASEH ...so 100% halal taw. . .iman pun dah try korang bila lagi??? heee =D




No comments:
Post a Comment