Monday, April 14, 2014

Masalah rambut botak dan gugur


rambut-botak-dan-gugur
Selain mengamal ubat-ubat Homeopathy untuk mendapat rambut yang cantik, lebat dan bersinar, saya sertakan tip-tip percuma. Bahan-bahan yang ada di dapur anda boleh digunakan untuk merawat rambut yang bermasalah, cubalah…
    1. Tip untuk rambut yang hitam dan berkilat
Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastic, yang mudah boleh guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 kali seminggu.
  1. Selepas shampoo rambut anda lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan diurut-urut ke kulit kepala dan bilas selepas itu. Guna conditioner yang biasa anda guna untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.
  2. Bagi merawat rambut yang rosak anda boleh gunakan pisang, caranya ramas pisang dan dicampur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda kemudian shampoo (sebaik-baiknya shampoo herba) dan conditioner.
  3. Masalah rambut gugur dan botak, anda boleh mengamalkan urutan minyak arnica setiap hari, ia telah terbukti dengan maklum balas pembeli minyak arnica yang dipakej bersama-sama set rawatan rambut gugur dan botak. Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, karot, buah manga, apricot kering dan juga cereal.
  4. Premature greying hair (beruban sebelum waktunya)
Jika emak atau ayah anda telah beruban pada usia muda, secara genetiknya anda juga berkemungkinan akan mengalaminya pada seawal usia 40an atau lebih awal. Uban adalah proses semulajadi bila pigmen atau melanin rambut gagal untuk menghasil pigmentasi lalu terjadilah uban apabila usia meningkat.
Uban juga boleh terjadi pada usia remaja walaupun anda tidak mempunyai keturunan. Beberapa amalan cara hidup seperti berikut akan mengakibatkan anda akan beruban lebih awal :
    1. Jika anda adalah perokok tegar atau peminum alcohol
    2. Gagal mengawal stress yang berpanjangan
    3. Terlalu kerap mengambil kopi dan the
    4. Pengambilan secara berlebihan makanan berlemak dan makanan berasid seperti jeruk
Untuk melambatkan proses beruban, anda perlu mengamal gaya hidup sihat seperti meninggalkan tabiat seperti di atas dan mengambil :
  1. Mengambil makanan yang kaya dengan protein seperti bijirin cereal, soya dan daging
  1. Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, mineral dan vitamin A dan B.
  • Sumber semulajadi Vitamin A – sayuran yang berdaun hijau gelap dan buah yang berwarna kuning.
  • Sumber asli Vitamin B – sayuran segar berwarna hijau, pisang, tomato, sereal, yogurt dan lain-lain
  • Sumber asli mineral seperti zat zinc, besi dan tembaga – zinc - daging merah, ayam dan sayuran hijau , zat besi – daging, apricot, telur, bijirin dan biji bunga matahari, zat tembaga – ketam dan tiram dan gandum.
Masalah rambut gugur,botak, beruban pada usia muda (premature greying hair) telah menjadi kebiasaan didalam kehidupan pada masa kini. Jika dahulu 30-40 tahun lalu, hanya orang tua sahaja yang mengalami masalah rambut beruban atau mengalami masalah rambut botak. Kini perkara ini sudah menjadi lumrah disebabkan faktor pemakanan dan gaya hidup ,masalah botak atau beruban boleh ditemui pada remaja belasan tahun.
Rawatan rambut  secara perubatan homeopathy
Pelbagai produk dipasaran dengan harga yang mahal dan dengan testimonial yang mengoncang iman pembeli, ubat dan produk Homeopathy berpendapat masalah rambut gugur, beruban pada usia muda dan botak perlu dirawat secara dalaman atau mengambil ubat Homeopathy secara oral (makan) bukan hanya sekadar di luaran sahaja. Seperti Silicea, Cal,phos, Lycopodium, Phosporic acid dan banyak lagi ubat-ubat yang boleh dipreskripsi secara individu atau secara combo.

Saturday, April 12, 2014

Maksud Posisi Jerawat Terhadap Tahap Kesihatan.


Hai2 semua..adakah anda rindu saya???owh pastinya tidak bukan...
hahha...ok guys girlss..kali nih aku nak bagi korang2
 semua sedikit info tentang jerawat...wah..kemain kau jah..
bukan tips untuk hilangkan jerawat tau..tapi INFO..
ahh mesti korang bosan..sapa yang x tau pasal jerawat..
budak yang  x pegi sekolah pun dah expert pasal jerawat,.
bintik2 yang merah2 berair atau bernanah tu kan..hek3.

ok2 sebelum tuh, aku nk tanya, korang punya jerawat kerap
 kali tumbuh kat bahagian mana?? pipi??dahi??hidung??dagu??
badan??rambut??eyh tipu sangat rambut tuh..yang tumbuh kat
 rambut tuh bkan jerawat tapi kutu..ahakksss... and one more 
question..tahukah anda2 semua yang posisi jerawat korang tuh
mempunyai maksud tersiratnya yang tersendiri terhadap
 kesihatan korang???ha x tau kan..ok meh sini teman nak kabo
 kat kome..info nih teman dapat hasil dari research teman pasal
 jerawat..ha tengok..research final year projek pun teman x buat
 sibuk buat research pasal jerawat...alahaaiii...

aku tau rasenya dah banyak blog kasi tau info yang sama..korang 
search je posisi jerawat..beratus2 blog yang kuar cite pasal 
benda alah nih..aku bukan ape..hari tuh jerawat tumbuh banyak
 gila kt pipi kanan aku..satu dah nak hilang,naik lagi satu..macam
 berlumba2 tunggu turn je nak kuar dari muka aku nih..tension kot.
.tuh baru seketul dua..kalau orang yang penuh jerawat satu muka
 tuh mesti stress gila2 kan..dah la sakit..kasi muka x cun
 plak tuh..adehh..boleh menghilangkan keyakinan diri betul..ok dah lets start..

Jerawat kat DAHI



Jerawat kat dahi nih sebenarnya berpunca dari haba badan kita 
yang melampau dan peredaran darah yang tidak baik. Orang yang
 ada jerawat kat dahi ni selalunya panas baran.
p/s: wah..betul ke??mungkin jugak betul..dulu pun aku penah
 tumbuh jerawat besar kat dahi..lepastu aku terhantuk dinding..
tepat2 kena kat jerawat tuh..arrgggghh...jangan cakap la sakitnya..
aku rasa nak pecahkan je dinding tuh..hahha..xpasal2 keluar baran aku..ngehhh3..
Untuk elakkan jerawat naik kat dahi, korang2 semua dinasihatkan
 supaya mengamalkan tidur awal serta bangun awal. Selain itu
 pastikan korang dapat tidur yang cukup dan minum air banyak. 
p/s: kalau study week aku rase x mustahil jerawat byk tumbuh
 kat dahi..x de mknenye tido awal..ye dak??


Jerawat kat HIDUNG



Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang
 belakang korang  mungkin bermasalah. 
kalau tumbuh kat hujung hidung (betul-betul kt hujung tengah2)
 pulak mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem
 penghadaman yang tidak normal. 
Dan kalau kat salah satu hujung hidung (belah kiri atau belah kanan hujung)
 pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi
 yang mempunyai masalah.p/s: aku rasa kalau untuk perempuan,
 selalunya tumbuh kat salah satu hujung hidung time tengah
 datang bulan kot. mungkin boleh lebih alert lepas ni..kalau
 bukan time datang bulan, mungkin ada masalah lain..kene
 jumpa pakar sakit puan la..wahh cuak x..cuak x..ngeh3.


Jerawat kat DAGU



Kalau jerawat tumbuh kat dagu korang pulak, berkemungkinan
 fungsi buah pinggang korang telah terjejas atau sistem endokrin
 (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah
 mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada
 haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
p/s: ha nih salah satu posisi lagi yang perlu kaum perempuan alert..


Jerawat kat PIPI



Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar 
seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. 


Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
p/s: hari tuh aku tumbuh banyak jerawat kat pipi kanan
mungkin disebabkan batuk berpanjangan yang aku alami..
yela..bila kita batuk kan melibatkan bahagian paru2..so ada rasional jugak disitu kan...ngeh3


Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)



Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya
 memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah,
p/s: sembelit mungkin...hehheh
korang dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang
 sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.ha
 perbanyakkan la makan buah. kalau boleh dan berkemampuan..
amalkan memakan yogurt..

Ha jeng3...mesti korang tengah tengok2 jerawat yang ada kat 
muka korang tuh kan..hahha...rileks2..apa yang aku ceritakan 
diatas hanyalah info2 yang aku dapat hasil dari kajian aku di internet.
.betul atau tidak aku tidak pasti..korang boleh tanya doktor kalau
 rasa ragu2 eyh..aku cuma share je..sharing is caring right???
hohoho..ok nih ringkasan secara keseluruhan yang ada sedikit
 penambahan dari info2 di atas..